facebook pixel
chevron_right Top
transparent
Fasa kedua penyelenggaraan kabel Jambatan Pulau Pinang mula Isnin ini
Fasa kedua kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan berjadual kabel Jambatan Pulau Pinang akan bermula Isnin ini hingga 21 Ogos depan. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata berikutan itu, penutupan lorong kiri dan lencongan trafik di KM4.2 hingga KM5.8 di Jambatan Pulau Pinang akan dilaksanakan. Lencongan dan penutupan jalan turut diadakan bagi memastikan keselamatan orang ramai serta kakitangan penyelanggaraan di laluan terbabit. Kabel Jambatan Pulau Pinang merupakan elemen penting yang perlu diperiksa setiap empat tahun bagi mengesan sebarang kerosakan, kata PLUS dalam kenyataan pada Jumaat.
Tiga produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual, merkuri, hydroquinone dan tretinoin, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan, katanya. Dr Noor Hisham berkata produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.
Puncak Niaga rayu keputusan mahkamah batal saman RM14 bilion
Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah mengarahkan peguam untuk memfailkan rayuan itu di Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat. Keputusan itu dibuat selepas Hakim Akhtar mendapati pernyataan tuntutan Puncak Niaga gagal mematuhi Kaedah-kaedah Mahkamah dan beliau turut memerintahkan syarikat konsesi air itu membayar kos RM25,000 kepada setiap defendan. Mohamed Azmin turut memfailkan tuntutan balas terhadap Puncak Niaga dan mahkamah menetapkan 13 Mac ini untuk keputusan.
Puluhan pekerja asing mengamuk kerana berebut lif
Sekumpulan pekerja binaan warga Indonesia dan Bangladesh bergaduh sesama sendiri akibat berebut untuk menggunakan lif di sebuah tapak pembinaan. Pergaduhan yang berlaku di Bukit Jalil itu turut melibatkan penggunaan senjata tajam, dan telah tular di media sosial sejak minggu lalu. Lima daripada mereka telah dituduh di mahkamah pagi ini, masing-masing satu di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh dan melakukan kekecohan di tempat awam dan seorang lagi Seksyen 324 Kanun Keseksyaan kerana mendatangkan kecederaan.
Saya tak kenal siapa Kevin Morais
Saya tak kenal siapa Kevin Morais, itu pengakuan tertuduh keempat apabila ditanya tentang penglibatannya dalam pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais pada 2015. Saya, Nimalan, Dinishwaran dan Vishwanath menaiki (Mitsubishi) Triton manakala Jay (Gunasekaran) dan Ravi Chandran menaiki (Proton) Perdana. Sekejap sahaja selepas naik kereta, saya terus tidur sehingga saya dikejut ketika tiba semula di hotel, katanya. Malah, Thinesh, Nimalan, Dinishwaran dan Vishwanath turut pergi ke panggung wayang, makan malam dan bermain snuker pada malam sebelum kehilangan Kevin.
Video buli tular babitkan pelajar di sekolah menengah di Singapura
KEJADIAN buli di sekolah kembali tapi kali ini berlaku di Singapura. Video yang tular itu memaparkan beberapa pelajar dalam kelas memperlekehkan seorang pelajar yang duduk di mejanya sambal melihat telefon bimbit. Video itu mendapat pelbagai reaksi warga Singapura, dan ramai yang berpendapat buli sebagai satu masalah berpanjangan di sekolah-sekolah di negara itu. Ini bukan kali pertama kes buli dirakam di sekolah menengah di Singapura.
Tawar darjah kebesaran Pahang palsu Datin ditahan polis
Seorang wanita bergelar Datin ditahan polis selepas disyaki menawarkan pemberian gelaran darjah kebesaran negeri Pahang secara tidak sah di laman sosial Facebook. Suspek yang berusia 60 tahun dan tinggal di Taman Bertam Perdana, Pulau Gadong di Melaka ditahan di perkarangan Balai Polis Malim, Melaka pada jam 3 petang Khamis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek dipercayai menawarkan darjah kebesaran berkenaan di dalam akaun Facebook bernama Nazzaitulhaida Mohd Ali.
Indeks Persepsi Rasuah 2017 Pelajari kejayaan negara Scandinavia
Ia sekali gus menunjukkan bahawa negara-negara itu paling bersih daripada rasuah berbanding 180 negara yang dinilai. Pastinya negara-negara berkenaan tidak sempurna apabila tidak menerima mata penuh, namun ramai yang ingin mengetahui bagaimana negara-negara ini membendung rasuah. Katanya, Laporan Transparency International (TI) pada 2016 menunjukkan bahawa kebebasan media mempunyai hubung kait positif untuk mengawal rasuah dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Jika di Singapura, mereka mengguna pakai pendekatan top-down dalam membendung rasuah yang dilihat sukar dilaksanakan kerana tidak lestari terhadap ekonomi kebanyakkan negara.
Perdana Menteri minta rakyat terus yakin dengan kerajaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat terus percaya dan yakin dengan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN). Saya hendak tuan-tuan yakin bahawa kita adalah kerajaan yang ada perancangan dan komitmen kepada rakyat, dan kita berupaya melaksanakannya. Apa yang saya minta pada rakyat hanyalah untuk terus percaya dan yakin dengan kerajaan, kata beliau di sesi perkongsian Bajet 2018 bersama rakyat di Pusat Perubatan UKM (HUKM) di ibu negara.
Suami isteri guna 19 kanak-kanak remaja sebagai peminta sedekah
Sepasang suami isteri masing-masing dihukum penjara 15 bulan dan denda RM28,000 setelah mengaku bersalah mempergunakan 19 kanak-kanak dan remaja sebagai peminta sedekah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu Kedua-dua tertuduh, mengaku bersalah terhadap 28 pertuduhan yang dikenakan melibatkan kegiatan mereka sekitar dua tahun lepas. Karim, 67 tahun dan isterinya, Zaleha Mohamad, 55 tahun didakwa menyebabkan 19 kanak-kanak dan remaja berusia lingkungan 11 hingga 17 tahun untuk menerima sedekah dengan menawarkan jualan ubat herba gel dan kalendar.
Datuk Rohana Rozhan bakal terima Anugerah TV Antarabangsa
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Datuk Rohana Rozhan akan dianugerahkan Pencapaian Cemerlang dalam Anugerah TV Antarabangsa di March International des Program de Tlvision (MIPTV), yang akan diadakan pada 9 April 2018 di Palais des Festivals, Cannes, Perancis. Anugerah ini diberikan kepada individu yang mempamerkan kepimpinan, kreativiti dan inovasi, dan yang mengubah pasaran televisyen global. Tahun ini buat pertama kalinya pemenang anugerah tersebut dari Asia Tenggara, dan seorang wanita. MIPTV merupakan pasaran utama dan TV digital terkemuka di peringkat antarabangsa.
Keluarga Adelina terima pampasan RM63900
Pampasan dan tunggakan gaji berjumlah RM63,900 telah dibayar kepada keluarga Adelina Lisao, pembantu rumah warga Indonesia yang mati didakwa akibat didera. Bayaran itu telah dibuat pada 13 Feb lepas kepada Konsulat Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, kata Zahrain kepada pemberita di sini hari ini. Media Indonesia sebelum ini melaporkan keluarga wanita itu mahukan pampasan serta tunggakan gaji selama tiga tahun yang tidak dibayar majikannya. Kes kematian Adelina adalah satu kejadian yang amat menyayat hati, saya berasa kesal kerana ia berlaku di Malaysia, kata Zahrain.
Harga runcit petrol RON95 RON97 diesel turun
Harga runcit bahan bakar petrol RON 95 turun 6 sen kepada RM2.17 seliter bermula malam ini. Sementara RON 97 pula turun 7 sen kepada RM2.43 seliter. Menurut laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), harga baharu bahan bakar terbabit akan berkuatkuasa dari 22 Februari 2018 sehingga 28 Februari 2018.
Adik-beradik parah motosikal dibonceng dirempuh kereta
Dua murid Sekolah Kebangsaan Santong, Paka parah apabila motosikal yang dibonceng dirempuh sebuah kereta di hadapan sekolah berkenaan. Bagaimanapun motosikal Modenas yang ditunggang dirempuh sebuah Perodua Alza ketika cuba membuat pusingan U di laluan lurus menghala ke Bandar Paka. Kereta berkenaan di pandu Mohd Sharul Muin, 25 tahun datang dari arah sama dan dipercayai gagal mengelak motosikal yang dinaiki mangsa. Ibu mereka yang mengalami cedera ringan, dirawat di Klinik Kesihatan Paka sementara pemandu Perodua Alza tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kontraktor bumiputera perlu berani rebut peluang projek
Kira-kira 22,000 kontraktor Kelas F (G1) di seluruh negara perlu berani merebut peluang daripada kontrak projek yang diperolehi syarikat konsesi dilantik kerajaan. Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad berkata, ini kerana peruntukan kerja penyenggaraan besar kepada kontraktor kecil boleh merangsang keadaan ekonomi lembap dan membantu kontraktor kecil bumiputera di seluruh negara. Kontraktor kelas G1 yang akan mendapat projek itu perlu melalui undian atau sebut harga sebelum dipilih atau dilantik kerajaan, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dua pemandu Myvi pandu secara berbahaya ragut tiga nyawa dipenjara tiga tahun denda RM10000
Dua pemandu Perodua Myvi dihukum penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah memandu secara berbahaya sehingga meragut nyawa tiga beranak, termasuk bayi berusia enam bulan, dalam kemalangan tragis di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), tiga tahun lalu. Dalam keputusannya Zilfinaz berkata mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh selepas mendapati keterangan mereka ketika membela diri tidak konsisten dan bersifat penafian semata-mata.

Want to stay updated ?

x

Download our Android app and stay updated with the latest happenings!!!


50K+ people are using this